Trip: Langkawi (1)….
3 hari 2 malam kat Langkawi..satu pengalaman yang menarik. Hari pertama di sana, ketika tiba di airport Langkawi, berebut orang suruh sewa kereta pada hal bagasi den belum lagi di ambil. Dua tiga syarikat kereta sewa den approached. Yang menggelikan hati bila bertanya tentang kereta yang hendak disewa. Honda Jazz ada..hmm, menarik nie…Honda Jazz ada? Jawapan dia? Baru nak orang sewa….nampak plak honda stream…yang nie ada? Pun baru orang sewa….cheh! Akhirnya eden sewa Nissan Xtrail 2.0. Ok la…RM220…(Wife eden complain pasal den tak bargain price..main ambil aje..)
So check in di Century Suria…apartment di Pekan Kuah… 3 bilik…tapi pakai 2 bilik sahaja pasal anak-anak eden semuanya penakut….masa masuk ke dalam apartment, teringat gambar yang ditengok dalam internet…nampak menarik tapi bila masuk, alamak…jauh panggang dari api….macam jauh lagi nak isi minyak kereta nie. Menyesal plak den sewa di situ. Terbang RM640…! Remote control semuanya kong! Tak ada battery kecuali yang ada dalam master bedroom…so, nak ‘on’ kan TV, kenalah kuar batteri dari remote aircond…ingat nak complain pada reception tapi malas nak bising. 1st thing 1st…masa on TV cari dulu channel Astro….ada game malam tu…Man United vs Blackburn…alamak…Astro service tak ada plak….! Eden dah boring….! Petang tu eden kuar bawa family ke makam Mahsuri….pasal anak-anak nak tengok lagenda Mahsuri….eh? Kena bayar la…? Nak tengok makam pun kena bayar ke? Kalau macam nie…., baik eden gi tengok makam tok itam di Pulau Besar di Melaka..free…! Charge…RM17.50 nak tengok makam mahsuri. Tapi tak apalah as long anak-anak tahu siapa Mahsuri sebenarnya dan belajar bahawa tak elok aniaya dan fitnah orang. Lepas tu, pergi ke Pekan Kuah…ingat nak beli barang-barang atau buah tangan…tapi semuanya mahal gile. Eden rasa KL lagi murah. Eden beli rokok sekatun dan wife eden beli ntahapapa ntah. Malam eden dan family makan di sebuah restauran Thai….namanye? Thailand Restaurant…dan den kena bayar RM171.30 sen…! Mahal gile!! Terkena den ngan family…tak apa lah….!
Esok (Ahad) merayau di Pekan Kuah lagi….tapi tak tahu nak beli apa…at last, lepas makan tengah hari di Merrybrown…balik ke apartment dan tidur…petang sikit eden kuar sorang pekena teh kat sebelah Grand Continental….wife den tidur…anak-anak? Along dan che loi dah tidur..Cuma angah aje yang masih relaks dan main sms….! Malam makan di Jai apa nama kedai ntah…pun kena RM65.00..isk! Makan di Langkawi nie mahal gile….!
Semalam (Isnin) kami bertolak balik ke LCCT….wife eden cakap, ini last dia jejak kaki ke Langkawi…malas nak beli belah kat sini. Semuanya mahal. Den diam aje…! Kalau setakat datang lepak…boleh…tapi nak beli barang..baik kat Seremban atau KL aje…! Statement dia memang eden setuju. Masa check out dari hotel, eden ada gak complain…tak ada astro service ke? Jawapan dia…baru nak pasang….! oooo! Baru nak pasang…penyakit baru la nie…! Semuanya baru…baru orang sewa la…baru nak pasang la….! Hmm…kok tanya..tak tukar spender ke? Sure dia orang jawap…baru nak tukar….ntah berapa lama dia orang perkasamkan spender dia orang. Eden rasa kalau di rendam kat Tasik Dayang Bunting…sure tukar nama tasik tu…Tasik Dayang Beranak….pasal spender tu akan memberanakkan segala isi perut yang ada dalam tasik tu….! Hampeh!!!
Nanti la…bile senang eden upload gambar di Langkawi….!
Oh ye…sabtu tempoh hari, 21 Feb 2009, hari jadi anak eden yang sulung…yang ke 13…happy dia dapat naik kapal terbang….anak lelaki eden yang kecil, si Che Loi tanya den…nanti hari jadi Yoi, ayah nak bawak gi mana? Eden malas nak cakap apa-apa atau janji apa-apa tapi dia dok tanya…last den cakap…nanti ayah bawa gi Bongek….! Wife eden dah gelak dah….Che Loi tanya…naik kapal terbang gak ke? Eden cakap ha ah…kena pakai pastport tuuuu….! Lagi wife den gelak….! Anak eden suka…..! tapi bila cakap ngan si angah…angah tanya wife den, mama, Bongek bukan kat Rembau ke? Che Loi dah pandang den semacam dah…memang eden tak bleh tahan dan lepas tu…den bantai gelak…! Wakakakakakaaka!
______________
Ronin
MiSTAkeN IdeNTity….


Leave a Reply