Salam….,
Lama dah aku tak update blog nie. Sorry pasal lewat. Bukan apa….busy sikit. Hari nie aku nak berbicara perihal tentang hubungan hamba dengan Tuhan (Allah SWT). Boleh tak kau orang fikiran kan tentang ni dan beri aku contoh pasal hubungan nie. Malas nak fikir?
Meh lah aku bercerita tentang nie. Mengikut kitab atau buku Kaysaful Asrar, contoh hubungan antara hamba dan Tuhan (Allah SWT) ialah umpama matahari dengan cahaya yang tidak bersekutu (bersatu) dan tidak bercerai antara cahaya itu dengan zat matahari. Cahaya itu bukan matahari dan bukan lain daripada matahari. Mengikut kitab yang sama seperti api dan asap. Asap menunjukkan adanya api dan asap itu bukannya api dan tidak lain daripada api yang tidak bercerai dan tidak bersekutu. Begitulah juga hamba dengan Tuhannya, tidak bercerai dan tidak bersatu. Maka, akal kita automatiknya akan berkata, Bagaimana boleh berhimpun kedua-duanya (hamba dengan Tuhan) yang berlawanan padahal kedua-duanya tidak sah berhimpun antara satu sama lain.
Sebagaimana sabda Nabi,
La Yufarrik khu bainal naffi wal isbat wa man baina huma fa huwa kaffir… Ertinya : Tidak bercerai antara Nafi dan Isbat dan sesiapa yang menceraikannya, orang itu kafir.
Tapi macam mana dikatakan tidak bercerai dan rupa tidak bersekutu? Pening memikirkannya. Macam yang aku tulis dalam blog nie sebelum ini segala-galanya adalah milik Allah SWT. Jadi, rupa tidak bercerai itu ialah kuasa anda adalah kuasa Allah Taala, bergerak anda adalah digerakkan Allah Taala dan ikhtiar anda adalah ikhtiar Allah Taala. Rupa tak bersekutu pula adalah anda semua tidak berkuasa sama sekali walau seberat zarah sekalipun melainkan hanya kuasa Allah SWT semata-mata sebagaimana hadis Nabi:
La Taharaqqu zaratan illa bi iznillah Ertinya: Tidak bergerak walau sezarah sekalipun melainkan dengan keizinan Allah Taala.
Inilah pengertian nafi yang mengandungi isbat dan isbat yang mengandungi nafi yang tidak bercerai atau bersekutu (bersatu).
Itu pasal sebelum ni aku pernah bercakap segala-galanya adalah dari Allah Taala. Mana ada kudrat kita sendiri. Kita bergerak pun dengan izin Allah SWT. Pergerakkan kita semua diizinkan oleh Allah SWT. Kalau tak diizinkan oleh Allah, 6 kaki bawah tanah tu la kau orang tinggal. Dah Allah tak izinkan kau orang bergerak….jawapnya mati la. Maut pun datang menjemput. Tidak ada yang kekal…hanya Allah yang wujud. Yang lain adalah ciptaannya. Nanti bila ada masa aku terangkan antara nafi dan isbat ini.
Banyak yang kita tak tahu sebenarnya dalam dunia nie. Kekurangan kita….ilmu yang kita pelajari di sekolah kebanyakannya adalag Fiqh. Kita kena kenal agama kita. Seperti sabda nabi, ”Awal-awal agama itu mengenal Allah.” Asal mengenal Allah adalah mengenal diri. Selagi kita fikir kita wujud kita tak kenal diri kita sendiri. Kita kena belajar fardhu ain tapi tahu ke kita fardhu ain itu terbahagi kepada tiga? Ilmu usuludin, Ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Itu belum lagi kita tengok kalimah tauhid kita…La illaha illallah. Dalam kalimah tersebut terkandung 20 sifat tuhan. Berapa dalam La? Berapa dalam illaha? Berapa dalam illa? Dan berapa dalam Allah? Nanti aku terangkan bila ada masa….itu belum lagi pasal niat solat lagi….kerana tempat niat itu ialah dalan hati tanpa suara dan tanpa berhuruf….! Adeh…dah pening ke? Aku stop kat sini lah ye….nanti kang lagi berat lagi pening kau orang dengan aku….! Miahahahahahaha!!!
Ronin ~Mistaken Identity~
Sabda Nabi (saw) : Manusia tidur, apabila mati ia terjaga, barulah ia tahu.
Di ambil dari Firman Allah SWT dan sebuah hadis Qudsi: ”Aku berasa hairan terhadap hamba Ku yang begitu yakin bahawa dunia ini akan kiamat dan setiap yang hidup akan mati tetapi masih lalai untuk belajar menjadi orang yang berilmu, dan mengerjakan amal ibadat sebagai bekalan akhirat. Dia seolah-olah tidak percaya akan syurga Ku dan Neraka Ku…..”


Recent Comments